Wednesday, October 21, 2015

Pasal Group

Hye assalamualaikum!
aku telah kembali setelah sekian lama membiarkannya berhabuk :)

Kalini aku tampil ke hadapan untuk cerita pasal group aku kat sekolah.

Mula2 aku ngan Naw_zul jadi bff. Lepastu Eisya_roslan nak join. Then kitorang tubuhkan group namanya Ishanadhia. 

Isha-Eisya_roslan         

Na-Naw_zul
Dhia-Ateyn Dhia (me)

Lepastu tetiba kitorang berpecah dan gp kami dibubarkan kerana ada sedikit kesalah fahaman. Dah lama selepas tu.. Gp kami jadi Ishana je dan aku jadi Dhia je sebab aku takde kawan ! Aku pun nangis.. nangis nangis nangis, kawan balik ngan diorang. Lepastu kitorang pun jadi BFF balik macam dulu! (Yeay! Excited tak??) Hidup kitorang sunyi dengan tiga anggota sahaja. Jadi kami bercadang untuk menjadikan Aisyah_azman sebagai anggota keempat. Namun, dia sudah ada kawan pula ! Namanya Elly_azizul. Jadi kami terpaksa lah mengambil ahli lain sebagai galang ganti Aisyah_azman. Lepastu kami ternampak pula Kai_halim! Dia seorang sahaja dengan Sur_kam. Kami pun mulakan operasi


"Hye Kai... jom kawan ngan kitorang."-Aku sebagai k.kump mula

"Hmm? Wat apew? Kite dh adew Sur..."-Kai_halim
"Ala kitorang nak ajak Kai main jew.."-Eisya_roslan pula
"Yelahhhh jom main nombor.. Tak cukup orang pulakk"-Naw_zul
"Hmm ok ok jom sur kite join cian dorang tak cukup orang"-Kai_halim
"Eh eh kai jew su takpayah"-Eisya&Naw
"K k bye"-Sur_Kam


Lepastu terciptalah Ikashanadhia... :) [Yeah finally !]


Wednesday, August 26, 2015

The Floating Heart


Assalamualaikum.
Aku sekarang ni tengah bersedih... sebab keputusan UPKK aku tak beberapa memuaskan, sedangkan,.... my siblings and my parents taruk harapan yang tinggi sangat sangat sangat kat aku. And now,..?? Aku baru dapat 3 paper je. Iaitu Lughatul Quran, Ulum Syariah dan Jawi. Jawi dengan Ulum aku dapat A, LQ je dapat B... ko tau x kenapa aku hampa? Sebab.. akakk aku janji kalau aku dapat straight A semua berderet A dia akan belanja aku Embok Village Steamboat.. but now hancur harapan!! Owh okaylah sayonara gi dulu eh. :')

Thursday, July 23, 2015

Going to know about me.

Assalamualaikum para pembaca,

harini aku nak ceritakan pasal diri aku sebab ini kan entry pertama aku..Ok.
Nama aku Ateyn Dhia, orang selalu panggil aku Fatin sebab nama sebenar aku adalah ***** ******** hehehe. Nama sebenar aku rahsia ya! Tapi.. Suraya Khaleda dah bocorkan rahsia aku huhuhu... Nasib baik dia cakap Fatin je. Kalau dia cakap ******** mati la aku.... 
Hish. Takdela sampai mati kan. Mesti la pengsan ke..pitam ke...
Eh! Tersasul sampai ke situ pulak. Lepastu.. umur aku 11 tahun. Aku sekolah kat SKPA. Cikgu2 kat sana semuanya dah biasa aku nampak sebab aku dah sekolah kat situ dari aku 7 tahun sampai lah sekarang. Ada cikgu yang aku suka, ada yang aku kurang suka, dan ada yang aku tak kenal sebab cikgu baru(elleh iye la tu cikgu baru,aku yang kurang peramah nak ucap selamat pagi atau Bonjour pada cikgu cikgu)Jadi, aku pun selalu tunjuk humble depan cikgu cikgu konon konon baik sangat ye tapi kat rumah pokpekpokpek macam bontot ayam. Macam.. hipokrit kau tau! Tapi cikgu kalau tau perangai sebenar aku mesti cikgu pening hahaha. OK. Hobi aku.. adalah membaca dan menulis. Bagi aku, kalau aku tak membaca, aku tak boleh menulis. Kalau aku tak menulis, aku tak boleh membaca. Sebab tu lah hobi aku ada dua. Kalau orang lain selalunya satu je kan hikhikhik. Aku rasa aku ni teringin sangat nak jadi penulis novel sebab aku suka tulis buku aku sendiri lepas tu bagi kawan kawan baca. Kalau komen diorang ok, aku tulis buku yang seterusnya dan kalau komen diorang tak ok baq ang, down aku weyh... < _ > Sabo jelah.
Aku pun selalu berusaha jadi budak pandai tapi aku paling lemah math. Aku sedar aku lemah math tapi aku fokus pada bm je. Bm aku ok tapi math aku teruk. Mak ngan ayah hampa gila doh ngan aku.. aku selalu main dan main tanpa risaukan apa apa. Ya Allah apa nak jadi ngan aku ni ya Allah... beri lah aku hidayahmu ya allah! Amin ya robbal a lamin.... T_T